Jangan berikan peluang kepada mereka
yang mencuri telefon bimbit anda
daripada menggunakannya.
Jadikan ia
tidak berguna supaya ia tidak lagi
boleh dijual kepada orang lain.

Caranya mudah.
Setiap telefon bimbit

mempunyai nombor siri IMEI yang

tersendiri.
Anda hanya perlu

mengetahuinya dan menyimpan

catatannya.

Untuk memeriksa nombor siri IMEI ini,

tekan simbol dan nombor berikut :-

* # 0 6 #

tanpa ruang kosong.
(star hash kosong

enam hash)

Nombor yang ditayangkan adalah 15

digit nombor yang unik bagi setiap

telepon bimbit.
Catatkan dan simpan

ditempat yang boleh didapatkan semula.

Sekiranya telefon bimbit anda hilang,

anda boleh melaporkan kehilangan

telefon bimbit anda kepada pemberi

khidmat telefon bimbit seperti TM,

Maxis atau Digi.

Berikan nombor ini kepada mereka

supaya ia boleh

disenarai hitamkan.
Sekiranya pencuri

menukarkan kad SIM, ia masih

tidak dapat digunakan kerana telefon

bimbit sudah dihalang penggunaan.

Walaupun anda mungkin tidak lagi

mendapat telefon bimbit anda, dengan

menjadikan ia tidak berguna sudah

cukup memuaskan hati.
sekiranya

setiap daripada kita mencatatkan

nombor siri IMEI dan melaporkan

nombor siri ini apabila kehilangan

telefon bimbit.
Kes-kes kehilangan dapat dikurangkan

kerana tiada guna mencuri telefon

bimbit jika tidak

boleh dijual dan digunakan.

Lakukan sekarang dan sebarkan kepada

orang lain

alang-alang dah hilang biar padan muka

org yang curi tu pun tak leh guna

juga ….