Sempena sambutan tahun baru 2009, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menambah waktu operasinya bagi membolehkan orang ramai meraikan sambutan tahun baru.Tujuh tren tambahan disediakan dari KL Sentral dan Stesen Kereta api Kuala Lumpur ke Rawang, Seremban, Pelabuhan Klang dan Sentul selepas operasi biasa.

“Perkhidmatan tren terakhir dari Seremban ke Rawang adalah pada jam 12.15 pagi, Rawang ke Seremban, 12.45 pagi, Sentul ke Pelabuhan Klang, 12.25 pagi, Pelabuhan Klang ke Sentul 11.55,”

Sementara itu, tren terakhir dari KL Sentral ke Rawang adalah pada jam 2.02 pagi, Stesen Kereta api Kuala Lumpur ke Seremban, 1.54 pagi, Stesen Kereta api Kuala Lumpur ke Pelabuhan Klang, 2.06 pagi dan KL Sentral ke Sentul jam 2.02 pagi.