KOTA TINGGI – Penduduk sebuah kampung tradisional di pinggir bandar ini digemparkan dengan satu kejadian aneh lewat petang kelmarin, ekoran penemuan lima objek menyerupai ‘pocong’ terdampar di tebing Sungai Johor.

Menurut dua sahabat, Mohd. Izzuddin Abd Karim, 18, dan Mohd. Razif Ismail, 17, dari Kampung Tembioh dekat sini, mereka terkejut apabila terlihat objek tersebut yang tiba-tiba timbul dan ‘melanggar’ paha kanannya ketika sedang asyik menjala ikan di tebing sungai berkenaan.

Mohd. Izzuddin berkata, sudah menjadi kebiasaan bila ada masa terluang beliau bersama rakannya akan menjala ikan di tepi sungai itu tetapi belum pernah terjumpa perkara aneh seperti itu sebelum ini.

Menurutnya, mereka mula turun menjala kira-kira pukul 6 petang dan sebaik tiba di tebing berhadapan dewan badminton di sini, tiba- tiba dia terhidu bau yang agak wangi seakan- akan bunga kemboja atau kapur barus tetapi tidak mengendahkannya.

org ramai tgh tgk rupa pocong

org ramai tgh tgk rupa pocong

“Apa lagi, saya dan rakan (Mohd. Razif) bagaikan tergamam seketika dan bergegas naik ke darat ekoran terperanjat sebaik terlihat benda itu,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

“Ekoran kejadian itu saya terus menceritakannya kepada rakan-rakan lain tetapi mereka tidak mempercayainya sehinggalah muncul empat lagi objek yang serupa semalam tidak jauh dari tempat ‘pocong’ pertama ditemui.”

Menurut Mohd. Izzuddin lagi, kelima-lima objek itu kelihatan seolah-olah seperti mayat yang telah lengkap dikafan dengan kain putih.

Tiga ketul batu berwarna kelabu kehitaman seperti batu nisan ditemui dalam bungkusan ‘pocong’ lima sekeluarga yang menggemparkan penduduk Kampung Tembioh, dekat sini kelmarin.

Selain itu, batu itu diselaputi kapas dan bungkusan plastik hitam serta bau kapur barus yang agak kuat.

Itulah yang ditemui oleh dua penduduk kampung tersebut, Mad Zamri Ademin, 37, dan Mohamad Hussin, 44, setelah memberanikan diri untuk membuka ikatan ‘pocong’ tersebut semalam.

Kelmarin, penduduk sebuah kampung tradisional di pinggir bandar Kota Tinggi digemparkan dengan penemuan lima objek menyerupai ‘pocong’ yang terdampar di tebing Sungai Johor.

bungkusan

bungkusan

Dalam pada itu, penduduk di situ meminta pihak berkenaan tidak membiarkan ‘pocong’ tersebut terbiar begitu sahaja di sungai tersebut.

Seorang penduduk, Othman Abas, 50, berkata, pihak terbabit tidak sepatutnya membiarkan keluarga ‘pocong’ itu berkampung di kawasan berkenaan.

Menurutnya, kejadian yang berlaku ini bukan sahaja memberi tanggapan tidak baik terhadap masyarakat di sini, malahan penduduk terutamanya wanita dan kanak-kanak mulai takut untuk melalui kawasan berkenaan.

Menurut Othman, setiap hari tidak kira siang atau malam, pinggir sungai di kampung ini menjadi tumpuan orang ramai memancing ikan dan udang galah.

profile about Pocong

profile about Pocong