Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu supaya kamu bertakwa.”

“Sesiapa berpuasa Ramadan kerana iman dan mengharapkan pahala daripada Allah, nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” (Hadis riwayat Muttafaq ‘alaih).

Rasulullah bersabda; “Sesiapa berpuasa pada Ramadan dan mengetahui batas-batasnya (ketentuannya) serta memelihara perkara-perkara yang perlu dijaga, maka dihapus dosanya yang telah lalu.” (Hadis riwayat Al-Baihaqi ).