Tahukah anda asal-usul April Fool?

Ada banyak cerita tentang asal-usul April Fool. Saya nak tulis cerita yg paling masyhur.

April Fool dikatakan bermula di Perancis tahun 1582, pada zaman Raja Charles IX. Pada masa tu, berlaku pertukaran daripada Kalendar Julian kepada Kalendar Gregory oleh Pope Gregory XIII.

Mengikut kalendar Julian, tahun baru disambut pada 25 Mac. Sambutan diadakan seminggu sehingga kemuncaknya pada 1 April. Selepas kalendar Gregory digunakan tahun baru ditukar kepada 1 Jan. Namun, ada orang-orang Perancis yang menolak perubahan ini dan masih menyambut tahun baru mengikut tarikh yang lama.

Dari sinilah bermulanya tabiat menipu dan memperolok-olok apabila ada pihak menjemput orang ramai ke ‘party’ yang tak pernah wujud. Ada juga yang pergi ke rumah jiran2 dan kawan2 kononnya untuk menyambut tahun baru dan akhirnya meng’confuse‘kan org ramai; “Orang sambut tahun baru 1 April ke 1 Jan ?!?!?!”
Ada yang kata perkara ni adalah untuk menguji kesabaran saudara-mara, kawan2 dan jiran2 semata-mata.

Siapa yang kena tipu akan dipanggil “Poisson d’Avril” (April’s fish). Kerana zodiak/horoskop pada masa itu adalah Pisces (ikan). “April’s fish” juga merujuk kepada ikan2 muda yang mudah kena tangkap.

April Fool mula tersebar pada akhir kurun ke-18 ke England dan negara-negara lain… sampailah ke Malaysia pada hari ni.

Begitulah ceritanya… Saya akhiri dengan serangkap pantun:

Siakap senohong, Gelama ikan duri
Bercakap bohong, Lama-lama mencuri