Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan selamat berPuasa

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Buat ucapan pembuka bicara,
Hamba yang hina mohon berkata,
Haraplah sudi anda terima.

Wahai rakan dan sahabat semua,
Ramadhan kini menjelang tiba,
Maaf dipinta dari semua,
Tak kira melayu,india ataupun cina.

31 Ogos hari merdeka,
esoknya pula puasa bermula,
Sambutan merdeka kalau gempak gila,
Sambutan puasa pun kena tak kurang hebatnya.

30 hari kita berlapar dan dahaga,
Kerana tuntutan Allah yang esa,
Semoga kita dapat menunaikannya,
Dalam keadaan yang paling gembira.

Sempena Ramadhan bulan yang mulia,
Kita lupakan sengketa lama,
Agar kita saling berbahagia,
Salam kemaafan penutup bicara.